Tuesday, April 14, 2009

buat kawan-kawan lama

Salam. sudah dua puluh tahun kita tidak berjumpa. Buat kawan-kawan Norhashimah,Norliza Fauziah Norliza, Norakma. Mohd Nizam, Hanizad, Tulasi, Punitavaty, Mahadi. Khairul Anuar, Abdul Rashid, Mohd Rashid, Kamarudin,Razif, murad. Kalian entah di mana? keba nyakan mereka pernah tinggal di Kampung Kerinchi. Mungkin sudah berpindah ke tempat lain, sudah ramai agaknya anak-anak mereka?. Salam buat teman-teman semua yang pernah mengenali, membenci dan menyukai diri ini.

Monday, April 13, 2009

kompleks kebajikan rukaiyah

no tel yang boleh dihubungi untuk menghulurkan sumbangan atau ingin mengadakan program bersama-sama anak-anak yatim ini : 03 - 89267176. bagi sesiapa yang ingin menyumbang tenaga untuk menjadi sukarelawan turut di alu-alukan.

Sunday, April 12, 2009

MENDERMALAH DAN SEBARKAN MAKLUMAT INI

RUMAH KEBAJIKAN RUKAIYAH

Kompleks kebajikan Rukaiyah sebuah pusat penjagaan anak-anak yatim miskin dengan kerjasama Islamic Outreach ABIM cawangan Bangi. Rumah kebajikan ini telah beroperasi pada Januari 2007. Tujuan dibuka rumah kebajikan ini adalah untuk membantu golongan yang tidak berkemampuan. Rumah kebajikan ini telah berdaftar dengan JKM. Kepada yang ingin membantu dan menghulurkan sumbangan :KKR-AMAL No 17 & 18 Lot 3283 Simpang MPI
Sungai Merab Luar 43000 Kajang Selangor

Saturday, March 28, 2009

Monday, March 23, 2009

Saturday, March 21, 2009

Rumah kebajikan bukan tempat buang sampah(baju-baju buruk )

Rumah-rumah kebajikan bukanlah tempat untuk membuang semua baju yang terpakai. Tidak salah memberi jika pakaian yang diberi dapat digunakan lagi dan masih elok. Bagaimana pula jika sudah rosak, koyak, dan sudah tidak sesuai digunakan lagi. Janganlah hanya kerana mereka miskin, tiada orang tua kita hanya memberi yang terpakai sahaja. Kalaulah kita mahukah kita pakai pakaian tersebut. Tapi sudahlah dinamakan anak-anak yatim, mereka tidak pernah ambil peduli atau kisah malah berbesar hati menerima pemberian orang ramai dengan ikhlas dan bersyukur, cuma sebagai masyarakat prihatin kalau mahu menghantar pakaian yang terpakai biarlah boleh di PAKAI!!. Jangan jadikan rumah kebajikan sebagai tempat pembuangan SAMPAH!!

Wednesday, March 18, 2009

Daurah Littafaqquh Fiid Deen 2008


Ganbar kenangan bersama perserta program Daurah littafaqquh fiid deen bersama Syeikh Muhammad Noeruddin marbu Al-Banjari Al-Makki anjuran Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan JAKIM