Saturday, March 21, 2009

Rumah kebajikan bukan tempat buang sampah(baju-baju buruk )

Rumah-rumah kebajikan bukanlah tempat untuk membuang semua baju yang terpakai. Tidak salah memberi jika pakaian yang diberi dapat digunakan lagi dan masih elok. Bagaimana pula jika sudah rosak, koyak, dan sudah tidak sesuai digunakan lagi. Janganlah hanya kerana mereka miskin, tiada orang tua kita hanya memberi yang terpakai sahaja. Kalaulah kita mahukah kita pakai pakaian tersebut. Tapi sudahlah dinamakan anak-anak yatim, mereka tidak pernah ambil peduli atau kisah malah berbesar hati menerima pemberian orang ramai dengan ikhlas dan bersyukur, cuma sebagai masyarakat prihatin kalau mahu menghantar pakaian yang terpakai biarlah boleh di PAKAI!!. Jangan jadikan rumah kebajikan sebagai tempat pembuangan SAMPAH!!

No comments:

Post a Comment