Kenapa orang melayu suka berdengki? kenapa sikap itu terus subur dalam diri sedangkan kita beragama Islam. Islam mengajar kita agar menjauhkan hati dan diri dari sikap mazmudah, sikap buruk, dengki, iri hati melihat kejayaan orang lain. Sebagai contoh, jika ada hamba Allah yang berniaga sebelah menyebelah dan meniaga benda yang sama, salah seorang dari mereka akan cuba membomohkan rakan yang seorang lagi sedangkan Allah telah menjanjikan rezeki masing-masing. Kenapa masih ada lagi perasaan takut barang jualan tidak laku?
Apakah amalan yang dilakukan lima waktu sehari tidak mencegah hati dan diri kita jauh dari sifat keji itu? Lihatlah dunia politik di Malaysia hari ini. Kerana sikap tamak, haloba, dengki dan irihatilah maka wujud perkara-perkara yang tidak kita ingini ini. Perpecahan antara orang melayu dengan melayu, dan tidak mustahil perpecahan berlaku pula dengan bangsa lain ini semua kerana sikap dengki dan irihati . Malaysia akan hancur jika warganya terus bercakaran, merebut pangkat dan kedudukan. Sayangilah negara kita ini. Marilah kita bersatu buanglah sikap buruk yang berdarah berdaging dalam diri. Demi Islam dan demi negara tercinta bersatulah semuanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


This comment has been removed by the author.
ReplyDelete