Monday, March 2, 2009
Kenapa kita marah bila orang bukan islam Hina Rasulullah
Kenapa kita marah? sedangkan kita sendiri telah lama menghina Rasulullah S.A.W. Kenapa saya kata begitu? kerana kita sudah tidak lagi mengamalkan SunnahNya. Kita sudah tidak suka lagi mengamalkan apa yang telah di amalkan Baginda. Kita sendiri yang pertama-tama kali menghina Baginda dengan tidak lagi mengamalkan cara hidup Islam yang dibawa oleh Baginda. Di mana letakkannya kasih sayang kita kepada Baginda. Sedangkan dihati Baginda hanya ada umatnya sehinggalah Allah menjanjikan yang umat Baginda adalah umat yang pertama masuk syurga. Sebelum wafat mulut Baginda hanya menyebut 'umatku,umatku,umatku.....di mana hati kita ? siapa di hati kita? artis!! itulah idola anak-anak kita sekarang ini. Pergi buka almari pakaian anak-anak kita apa yang terlihat dan apa yang ada. Pergi lihat bilik anak-anak kita, apa yang terpampang didinding-dinding bilik mereka, bukankah gambar-gambar artis pujaan mereka!! sungguh dikesali. Sepatutnya idola kita adalah Rasullullah, keperibadian Baginda tiada tolok bandingnya sehingga menjadi sebutan kawan dan lawan, menjadi ikutan dan contoh tauladan yang baik tetapi kenapa tidak itu yang menjadi ikutan? Sempena kelahiran Baginda yang tidak beberapa hari lagi ini tanyalah pada diri sendiri di mana kita hendak letakkan Rasullullah di hati kita.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment