Sekolah Menengah Sri Pantai terletak di Kampung Kerinchi yang dikelilingi bangunan pencakar langit dan kawasan perumahan yang padat. Pernah menjadi kawasan black area kerana kes dadah. Sekarang semakin baik kerana kawasan itu telah dijadikan kawasan perumahan yang sibuk ditengah-tengah bandar Kuala Lumpur. Rumah setinggan yang berada di belakang sekolah pun sudah tiada lagi. Kebanyakkannya telah berpindah. Rosyam Nor artis terkenal tanah air pernah tinggal di kawasan itu dan bersekolah di sekolah tersebut. Bekas-bekas pelajar Sek. Men. Keb. Sri Pantai bolehlah memberi komen dan maklumat peribadi masing-masing. Sudah lama tidak dengar khabar berita terutama kawan-kawan yang satu kelas dari kelas 1982-1E sehinggalah 1986-5 sastera 2.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteAssalam.....bila terkenang akan Sek. Men. Sri Pantai....sayuuu rasa hati dimana 27 tahun telahku tinggalkan saat2 manis ketika berada disitu....kadang2 lalu disitu ketika rindu.... senyum dalam tangis melihat berubahanmu yang begitu ketara.....melambai kembali saat2 manis yang dulu...kawan2 yang dulu dimana menghilangkan diri atau masih lagi mencari klu2 dimana kawan yang dulu tak diketahui haluan nak dihalatuju......Ya allah....bukalah pintu hati mereka untuk mencari dihalaman blog yang sedia ada....dan bukakanlah pancaindera mengimbas kembali kenangan indah ketika bersama dulu..... .....cantumkan kembali saat indah waktu kami di Sek.Sri Pantai yang telah membentuk insan jatidiri yang berguna. Ya...kawan2 sekarang bukan lagi memperjuangkan masa depan....yang ada harapan dan impian untuk bertemu kembali dengan kawan2 dan berkongsi sedikit pengalaman....Rezeki, kehidupan, ajal dan maut adalah ketentuan bukan ukuran untuk kembali bertemu kawan....ayohhh...tonjol2kan diri nilai murni sahabat sejati....
ReplyDelete